Healing Krisis

BLACK G ADA TINDAKBALAS / KESAN SAMPINGAN TAK?

Healing crisis

Biasanya peringkat awal kita mengamalkan produk kesihatan akan berlaku tindak balas atau juga disebut healing crisis.

Tindak balas ini merupakan indikator bahawa badan kita memang sudah ada masalah tertentu dan tindak balas tersebut tercetus disebabkan produk pemulihan dalam badan kita.

Hasil daripada proses pemulihan inilah yang menimbulkan rasa tidak selesa atau sakit yang disebut sebagai tindak balas atau healing crisis.

Tindak balas ini berlaku apabila tubuh badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh hasil dari pengambilan pemakanan tambahan.

Menurut ‘Hering’s Law of Cure’, Healing crisis ialah semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan di mana kita akan nampak tanda-tanda seperti ada penyakit tertentu keluar.

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan.

Sekiranya badan kita 100% sihat, kemungkinan besar kita tidak akan rasa apa-apa apabila mengambil makanan kesihatan ini. Sebab itu bagi mereka yang sudah biasa makan makanan kesihatan tidak akan mengalami sebarang masalah apabila mengambilnya.

Sebenarnya tindak balas yang dialami itu bukanlah kesan sampingan tetapi adalah proses penyembuhan yang baik untuk tubuh badan dan menandakan supplement yang anda makan itu menunjukkan tindakbalas yang baik.

Sebab itu anda tak perlu berasa gusar atau takut apabila timbul rasa tak selesa atau sakit ketika mengambil sebarang produk kesihatan.

Sebenarnya tindak balas yang berlaku ini merupakan tanda yang boleh memberitahu kita apakah atau bahagian badan manakah yang sedang mengalami masalah di dalam badan kita.

Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.

Krisis penyembuhan boleh berlangsung dari 24 jam hingga dua minggu.

Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

  1. Anda tidak mengambil dengan konsisten
  2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
  3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
  4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
  5. Penyakit kronik – memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
  6. Keadaan tubuh yang kronik

Jenis tindak balas dan petandanya

Antara tanda yang berlaku dan penyakit yang berkaitan dengannya adalah seperti berikut :

Keletihan, berasa mengantuk – Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah atau terlalu letih.

Sakit kepala, kepala terasa berat – Tekanan darah yang tinggi dan tanda-tanda detoksifikasi.

Demam, demam sedikit, keresahan – Metabolisma meningkat dan merangsang fungsi imun badan.

Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk – Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon

Kembung, perut bergas – Sistem penghadaman yang lemah.

Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur – Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah

Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair – Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi

Hidung berdarah – Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)

Sakit di bahagian otot dan sendi – Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit

Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas – Proses penyembuhan semakin cepat

Insomnia atau hiperaktif – Sistem Saraf yang lemah

Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir – Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon

Pening, lapar – Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah), anemia (tidak cukup darah merah)

Loya, sembelit, sedu – Sistem penghadaman lemah, masalah hati

Slight Edema (bengkak) – Masalah buah pinggang

Cara mengurangkan tindak balas :

1. Kurangkan dos

Kalau biasa kita ambil satu sudu besar untuk kurangkan tindak balas kita boleh ambil setengah sudu atau pun selang-selikan hari pengambilannya.

2. Minum air kosong

Air akan membantu melancarkan proses metabolisme dan penyingkiran toksin dalam badan sewaktu kita mengambil makanan kesihatan ini.

3. Makan sayur dan buah-buahan berserat

Tujuannya, untuk menggalakkan pembuangan toksin daripada badan melalui pembuangan najis.

APA BEZA SUPPLEMENT DENGAN UBAT?

Ubat ia khusus untuk satu-satu penyakit. Ia lebih kepada hilangkan simptom atau legakan penyakit tu.

Suplement pula bekalkan khasiat yang diperlukan oleh badan.

Apabila badan kita cukup khasiat ia akan pulihkan sendiri apa jua masalah yang ada pada badan kita.

Sebab tu biasanya pengamal Suplement akan sembuh daripada macam-macam penyakitnya apabila amalkan suplement tersebut.

Bukan suplemen itu ubat secara langsung. Tapi ia pulihkan sistem badan dan akhirnya sistem badan kita yang dah elok menyembuhkan sendiri penyakit dalam badan kita.

Sebab itu suplement bukan ubat.

 

Pastikan beli yang Original terjamin keselamatan dan dapatkan di www.produkblackg.com